Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2012Read it in English

Bahagian II · Ketua Pengarah Keretapi

4. Tugas dan fungsi Ketua Pengarah

Feedback & support
(1)

Tugas dan fungsi Ketua Pengarah adalah seperti yang berikut:

(a)

untuk mengawal selia kendalian keretapi dan perkhidmatan keretapi;

(b)

untuk menetapkan standard keselamatan minimum bagi kendalian keretapi;

Keretapi 17

(c)

untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan menetapkan kelayakan minimum bagi mana-mana pegawai keretapi yang diamanahkan dengan penjagaan, pengawalan atau pengendalian sesuatu keretapi sebagaimana yang difikirkan wajar oleh

Ketua

Pengarah;

(d)

untuk memajukan kepentingan pengguna kemudahan dan perkhidmatan keretapi, khususnya berkenaan dengan kadar yang dikenakan, dan standard atau kualitinya; dan

(e)

untuk memajukan dan menggalakkan pengembangan dan pembaikan sistem keretapi dan kemudahan serta perkhidmatan keretapi di Sabah, Sarawak dan Wilayah

Persekutuan Labuan.

(2)

Pada menunaikan tugas dan fungsinya di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah mengambil kira yang berikut:

(a)

ekonomi dan kecekapan;

(b)

semua permintaan munasabah bagi kemudahan dan perkhidmatan keretapi;

(c)

pemajuan kemudahan dan perkhidmatan keretapi pada kadar yang konsisten dengan perkhidmatan yang cekap;

(d)

pemupukan kemajuan sepatutnya sistem keretapi dan kemudahan serta perkhidmatan keretapi di Sabah,

Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan; dan

(e)

polisi semasa Kerajaan berkenaan dengan kemajuan sosial dan ekonomi serta perlindungan alam sekeliling.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

Report

Bahagian III

Skim Keretapi

Bahagian IV

Pembinaan dan Kerja

Bahagian V

Pelesenan Syarikat Keretapi dan Pembukaan Keretapi

Bahagian VI

Kewajipan Syarikat Keretapi

Bahagian VII

Kuasa Syarikat Keretapi

Bahagian VIII

Kemalangan

Bahagian IX

Kesalahan dan Penalti

Bahagian X

Penggantungan atau Pembatalan Lesen

Bahagian XI

Peruntukan Pelbagai

Bahagian XII

Perbadanan Aset Keretapi dan Harta Keretapi

Bahagian XIII

Pemansuhan dan Kecualian

Schedules