Seksyen 10
Tanah persendirian boleh diambil bagi keretapi
Mana-mana tanah sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud pembinaan suatu keretapi dan yang ditunjukkan di atas pelan dan keratan serta disebutkan dalam buku rujukan yang didepositkan di bawah subseksyen 8(2) hendaklah disifatkan sebagai tanah yang dikehendaki bagi suatu maksud awam mengikut pengertian Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486].
(2)
Prosiding di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 hendaklah diambil secara berasingan berkenaan dengan setiap tanah yang ditunjukkan di atas pelan dan keratan serta disebutkan dalam buku rujukan itu.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang pengambilan tanah bagi maksud pembinaan suatu keretapi melalui perjanjian antara syarikat keretapi dan tuan punya tanah sedemikian.