Seksyen 70
Penalti kerana perbuatan cuai
ActIn forceProvision 70 of 106
Seksyen 70
Mana-mana orang yang dengan gopoh atau dengan cuai, dan tanpa alasan sah, melakukan apa-apa perbuatan yang berkemungkinan membahayakan keselamatannya sendiri atau keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan dengan atau yang berada di atas sesuatu keretapi, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Membuat pernyataan palsu, dsb.