Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
Jika mana-mana orang dengan menyalahi undang-undang melemparkan atau menyebabkan terjatuh atau terketuk apa-apa kayu, batu atau bahan atau benda lain pada, ke arah, ke dalam, atau ke atas mana-mana stokereta yang membentuk sebahagian daripada suatu tren dengan niat, atau dengan mengetahui bahawa dia berkemungkinan, membahayakan keselamatan mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas stokereta itu atau di dalam atau di atas mana-mana stokereta lain yang membentuk sebahagian daripada tren yang sama, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.