Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
Penalti kerana perbuatan atau peninggalan sengaja yang membahayakan penumpang
Sesiapa jua pun yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan, atau dengan sengaja meninggalkan apa-apa perbuatan yang dia terikat di sisi undang-undang untuk melakukan, berniat melalui perbuatan atau peninggalan itu untuk menyebabkan atau mengetahui bahawa dengan yang demikian dia berkemungkinan
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 463
menyebabkan keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan dengan atau yang berada di atas keretapi itu dibahayakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.