Skip to content

Seksyen 96

Pelantikan pegawai, dsb., Perbadanan

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 96 of 106
Seksyen 96

(1)

Perbadanan boleh, dengan persetujuan

Jabatan

Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan, dari semasa ke semasa, melantik sekian bilangan pegawai dan pekhidmat atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini sebagaimana yang perlu bagi menjalankan maksud Bahagian ini.

(2)

Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, mengguna khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknik, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

(3)

Seseorang pegawai atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Perbadanan hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan

Perbadanan.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948