Seksyen 12
Seksyen 12
Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang boleh diberikan di bawah Akta ini, tiap-tiap bukan warganegara bagi kelas atau kelas-kelas atau dalam kategori atau kategori-kategori pekerjaan atau perniagaan sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (2) hendaklah didaftarkan di bawah seksyen ini.
(2)
Yang di-Pertuan Agong boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta menyatakan kelas atau kelas-kelas bukan warganegara atau kategori atau kategori-kategori pekerjaan atau perniagaan yang baginya subseksyen (1) terpakai.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (1) dan (2), tiap-tiap bukan warganegara hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan bagi pendaftaran.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar bagi orang yang didaftarkan di bawah Bahagian ini.
(5)
Daftar yang dikehendaki disimpan dan disenggara oleh
Ketua Pengarah di bawah subseksyen (4) hendaklah mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan.