Act of Parliament · Updated to 1 Nov 2017 · 4 parts
Employment (Restriction) Act 1968
Feedback & supportLimits on non-citizens working in certain businessesBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kerja (Sekatan) 1968.
Akta ini terpakai di seluruh Malaysia.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);
“majikan” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan termasuk ejen, pengurus atau wakil perniagaan bagi orang yang mula-mula disebut itu dan perkataan “ambil kerja”
dengan variasi kenahuan dan ungkapan seasalnya hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
6
Undang-Undang Malaysia
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“orang yang diberi kuasa” ertinya seseorang yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah bagi maksud Akta ini;
“permit kerja” ertinya permit kerja yang dikeluarkan di bawah seksyen 7;
“perniagaan” termasuklah apa-apa jenis perdagangan, perusahaan, ketukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud laba.
Bagi pentadbiran wajar Akta ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah Tenaga Kerja, seorang
Timbalan Ketua Pengarah Tenaga Kerja dan apa-apa bilangan
Penolong Pesuruhjaya Tenaga Kerja sebagaimana yang disifatkan perlu.
Menteri boleh melantik apa-apa bilangan pegawai pekerjaan sebagaimana yang dianggapnya perlu atau suai manfaat bagi maksud Akta ini.
Seseorang pegawai pekerjaan yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan
Ketua Pengarah.
Bahagian II
Sekatan Pengambilan Kerja bagi Bukan Warganegara Malaysia
Bahagian III