Skip to content

Seksyen 13

of Akta Kerja (Sekatan) 1968

ActIn forceProvision 13 of 20

Seksyen 13

(1)

Seseorang pegawai pekerjaan boleh, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan di dalam mana-mana premis selain premis yang semata-mata digunakan sebagai tempat kediaman, memasuki premis itu tanpa waran.

Kerja (Sekatan)

(2)

Seseorang pegawai pekerjaan boleh—

(a)

menghendaki mana-mana orang, yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai memiliki apa-apa dokumen atau maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, supaya mengemukakan apa-apa dokumen itu atau memberikan apa-apa maklumat itu; atau

(b)

menyoal mana-mana orang atau menghendaki mana-mana orang melalui notis secara bertulis supaya hadir pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang disebut dalam notis itu berkenaan dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang, pada pendapat pegawai pekerjaan itu, adalah berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, dan yang dipercayainya ada dalam milikan atau pengetahuan orang itu.