Akta Keselamatan Siber 2024 · Updated to 26 Jun 2024 · Bahagian III · Kewajipan dan Kuasa Ketua Eksekutif
13. Arahan Ketua Eksekutif
Feedback & support(1)
Ketua Eksekutif boleh mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang didapati perlu oleh Ketua Eksekutif bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.
(2)
Ketua Eksekutif boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.