Seksyen 11
Sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara
of Akta Keselamatan Siber 2024
ActIn forceProvision 11 of 64
Seksyen 11
(2)
Sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara boleh mengandungi apa-apa data atau maklumat mengenai keselamatan siber yang diperoleh atau disimpan oleh Ketua Eksekutif dalam penjalanan kewajipannya di bawah Akta ini.
(3)
Ketua Eksekutif boleh, demi kepentingan keselamatan siber negara dan tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut, membenarkan mana-mana orang untuk mempunyai akses kepada Sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan
Siber Negara.