Skip to content

Seksyen 18

of Akta Keselamatan Siber 2024

ActIn forceProvision 18 of 64

Seksyen 18

(1)

Ketua Eksekutif boleh menetapkan suatu ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara sebagai entiti infrastruktur maklumat kritikal negara mengikut cara sebagaimana yang ditentukannya jika Ketua Eksekutif berpuas hati bahawa ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara itu memiliki atau mengendalikan suatu infrastruktur maklumat kritikal negara.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Ketua Eksekutif boleh menghendaki ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara itu untuk mengemukakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif termasuk maklumat yang berhubungan dengan fungsi dan reka bentuk komputer atau sistem komputer yang dimiliki atau dikendalikan oleh ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara itu.

(3)

Ketua Eksekutif hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara yang telah ditetapkan sebagai entiti infrastruktur maklumat kritikal negara di bawah seksyen ini mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif.

(4)

Ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara yang telah ditetapkan sebagai entiti infrastruktur maklumat kritikal negara di bawah seksyen ini hendaklah melalui notis secara bertulis memberitahu Ketua Eksekutif tanpa kelengahan jika—

(a)

ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara itu berpandangan bahawa komputer atau sistem komputer yang dimiliki atau dikendalikan oleh ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara itu bukan lagi merupakan suatu infrastruktur maklumat kritikal negara;

atau

(b)

ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara itu tidak lagi memiliki atau mengendalikan apa-apa infrastruktur maklumat kritikal negara.

Keselamatan Siber 23