Skip to content

Seksyen 19

Pembatalan penetapan entiti infrastruktur maklumat kritikal negara

of Akta Keselamatan Siber 2024

ActIn forceProvision 19 of 64
Seksyen 19
(1)

Ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara boleh melalui notis secara bertulis kepada entiti infrastruktur maklumat kritikal negara, membatalkan penetapan entiti infrastruktur maklumat kritikal negara itu yang dibuat di bawah seksyen 17, jika ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara itu berpuas hati bahawa entiti infrastruktur maklumat kritikal negara itu tidak lagi memiliki atau mengendalikan apa-apa infrastruktur maklumat kritikal negara.

(2)

Pembatalan penetapan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara hendaklah memberitahu Ketua Eksekutif mengenai pembatalan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(4)

Ketua Eksekutif boleh melalui notis secara bertulis kepada ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara yang telah ditetapkan sebagai entiti infrastruktur maklumat kritikal negara di bawah seksyen 18, membatalkan penetapan ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara itu jika Ketua Eksekutif berpuas hati bahawa ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara itu tidak lagi memiliki atau mengendalikan apa-apa infrastruktur maklumat kritikal negara.

(5)

Pembatalan penetapan yang dibuat di bawah subseksyen (4)

hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu dan tidaklah menjejaskan pelantikan ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara itu di bawah seksyen 15.

Kewajipan untuk memberikan maklumat yang berhubungan dengan infrastruktur maklumat kritikal negara