Skip to content

Seksyen 23

Kewajipan untuk memberikan pemberitahuan mengenai insiden keselamatan siber

of Akta Keselamatan Siber 2024

ActIn forceProvision 23 of 64
Seksyen 23
(1)

Jika sampai kepada pengetahuan suatu entiti infrastruktur maklumat kritikal negara bahawa suatu insiden keselamatan siber telah berlaku atau mungkin telah berlaku berkenaan dengan infrastruktur maklumat kritikal negara yang dimiliki atau dikendalikan oleh entiti infrastruktur maklumat kritikal negara itu, entiti infrastruktur maklumat kritikal negara itu hendaklah memberitahu Ketua Eksekutif dan ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negaranya mengenai maklumat itu dalam tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 854

(2)

Mana-mana entiti infrastruktur maklumat kritikal negara yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.