Skip to content

Seksyen 24

Latihan keselamatan siber

of Akta Keselamatan Siber 2024

ActIn forceProvision 24 of 64
Seksyen 24
(1)

Ketua Eksekutif boleh menjalankan suatu latihan keselamatan siber bagi maksud menilai kesediaan mana-mana entiti infrastruktur maklumat kritikal negara untuk bertindak balas terhadap apa-apa ancaman keselamatan siber atau insiden keselamatan siber.

(2)

Ketua Eksekutif hendaklah, sebelum menjalankan apa-apa latihan keselamatan siber di bawah subseksyen (1), mengeluarkan notis secara bertulis kepada entiti infrastruktur maklumat kritikal negara yang berkenaan untuk memberitahu niatnya untuk menjalankan latihan keselamatan siber berkenaan dengan entiti infrastruktur maklumat kritikal negara itu.

(3)

Ketua Eksekutif boleh memberikan apa-apa arahan kepada entiti infrastruktur maklumat kritikal negara sebagaimana yang

Ketua Eksekutif fikirkan patut bagi maksud latihan keselamatan siber yang dijalankan di bawah seksyen ini.

(4)

Mana-mana entiti infrastruktur maklumat kritikal negara yang tidak mematuhi arahan Ketua Eksekutif di bawah subseksyen (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.