Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2024Read it in English

Bahagian IX

54. Penyampaian dokumen

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), Ketua Eksekutif boleh membenarkan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikehendaki untuk dikemukakan atau diberikan di bawah Akta ini supaya dikemukakan atau diberikan melalui media elektronik atau secara penghantaran elektronik.

(2)

Syarat dan spesifikasi yang di bawahnya maklumat, butir-butir atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dikemukakan atau diberikan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Eksekutif.

(3)

Maklumat, butir-butir atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dikemukakan atau diberikan oleh seseorang kepada Ketua Eksekutif pada tarikh pengakuterimaan dokumen itu dihantar secara elektronik oleh

Ketua Eksekutif kepada orang itu.

(4)

Pengakuterimaan oleh Ketua Eksekutif mengenai maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikemukakan atau diberikan menurut subseksyen (3) boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.

Report