Skip to content

Seksyen 55

Kewajipan kerahsiaan

of Akta Keselamatan Siber 2024

ActIn forceProvision 55 of 64
Seksyen 55
(1)

Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh

Jawatankuasa, mana-mana anggota Jawatankuasa, Ketua Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperolehnya semasa melaksanakan kewajipannya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 854