Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2014Read it in English

Bahagian II

10. Kemasukan pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri

Feedback & support
(1)

Seseorang yang disyaki bercelaru mental boleh dimasukkan dan ditahan di dalam hospital psikiatri atas—

(a)

suatu permohonan yang dibuat dalam borang yang ditetapkan kepada Pengarah Perubatan oleh saudara orang itu; dan

(b)

pengemukaan syor dalam borang yang ditetapkan oleh seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar berdasarkan pemeriksaan sendiri orang itu yang dilakukan tidak lebih daripada lima hari sebelum kemasukan orang itu bahawa—

(i)

orang itu mengidap kecelaruan mental yang jenis atau takatnya yang memerlukan kemasukannya ke dalam hospital psikiatri bagi tujuan penilaian atau rawatan; atau

(ii)

orang itu harus ditahan untuk kepentingan kesihatan atau keselamatan dirinya atau dengan tujuan melindungi orang lain.

(2)

Permohonan dan perakuan dalam subseksyen (1) merupakan kuasa yang mencukupi bagi orang yang membuat permohonan itu, atau seseorang pegawai polis atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh orang yang membuat permohonan itu, untuk mengambil orang yang dengannya perakuan itu ada kaitan ke hospital psikiatri.

(3)

Jika seseorang dimasukkan ke dalam hospital psikiatri di bawah seksyen ini Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, dalam masa dua puluh empat jam dari kemasukan orang itu, membuat atau menyebabkan supaya dibuat ke atasnya oleh seorang pegawai perubatan atau seorang pengamal perubatan berdaftar apa-apa pemeriksaan yang difikirkan oleh Pengarah

Perubatan itu perlu bagi menentukan sama ada atau tidak penahanan lanjut orang itu wajar.

Kesihatan Mental 21

(4)

Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang membuat perakuan di bawah perenggan (1)(b) atau yang memasukkan pesakit itu di bawah subseksyen (1) hendaklah tidak memeriksa pesakit itu di bawah subseksyen ini.

(5)

Jika berdasarkan pemeriksaan orang itu di bawah subseksyen

(3)

, Pengarah Perubatan—

(a)

tidak berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar, dia hendaklah melepaskan orang itu; atau

(b)

berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar, dia hendaklah membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani olehnya bagi penahanan orang itu selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan.

(6)

Jika seseorang yang ditahan dengan perintah yang dikeluarkan di bawah perenggan (5)(b) atau subsekyen 9(5) tidak dilepaskan terlebih dahulu, Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, sebelum perintah itu habis tempoh, menyebabkan permeriksaan dibuat ke atas orang itu sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi menentukan sama ada atau tidak penahanan lanjut orang itu wajar.

(7)

Pemeriksaan orang itu di bawah subsekyen (6) hendaklah dilakukan oleh dua orang pegawai perubatan atau pengamal perubatan pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang salah seorang daripadanya hendaklah seorang ahli psikiatri.

(8)

Jika berdasarkan pemeriksaan orang itu di bawah subsekyen

(6)

, pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

tidak berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar, mereka hendaklah melepaskan orang itu; atau

(b)

berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar, mereka hendaklah membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

mereka bagi penahanan orang itu bagi suatu tempoh selanjutnya yang tidak melebihi tiga bulan.

Report

Bahagian III

Pelepasan, Kebenaran Bercuti dan Pemindahan Pesakit Tidak Sukarela Dari Hospital Psikiatri

Bahagian IV

Kemasukan, Penahanan dan Pelepasan Orang yang Dikomitkan atau Dikurung di Hospital Psikiatri di Bawah Kanun Tatacara Jenayah

Bahagian V

Kemasukan, Penginapan, Jagaan Kejururawatan dan Pemulihan Orang Bercelaru Mental di dalam Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri

Bahagian VI

Penerimaan Masuk, Jagaan, Rawatan dan Pemulihan Orang Bercelaru Mental di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat

Bahagian VII

Lembaga Pelawat

Bahagian VIII

Penilaian Kematian

Bahagian XII

Bahagian XII Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Bahagian IX

Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Psikiatri

Bahagian X

Prosiding dalam Menyiasat Kecelaruan Mental

Bahagian XI

Penguatkuasaan

Bahagian XVI

Bahagian XVI Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Bahagian XII

Pelbagai

Schedules