Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2014Read it in English

Bahagian II

13. Tatacara dalam kes pengabaian atau layanan kejam orang yang disyaki bercelaru mental

Feedback & support
(1)

Jika Majistret mendapati, berdasarkan laporan seorang pegawai polis atau berdasarkan maklumat mana-mana orang, bahawa

Kesihatan Mental 23

seseorang itu dengan munasabah disyaki bercelaru mental—

(a)

tidak berada di bawah jagaan dan kawalan yang sepatutnya; atau

(b)

diabaikan atau dilayani dengan kejam oleh mana-mana saudara atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab bagi orang itu,

Majistret boleh memerintahkan supaya orang yang disyaki bercelaru mental itu dibawa kepadanya dan memanggil saudaranya atau mana-mana orang yang bertanggungjawab atau sepatutnya bertanggungjawab, baginya.

(2)

Jika Majistret berpuas hati, selepas siasatan yang sewajarnya, bahawa seseorang yang dipanggil di bawah subseksyen (1) itu terikat di sisi undang-undang untuk menyenggara orang yang disyaki bercelaru mental itu, dia boleh membuat suatu perintah menghendaki orang yang disyaki bercelaru mental itu dijaga dan dilayan dengan sepatutnya oleh orang yang dipanggil itu.

(3)

Jika tidak ada orang yang terikat di sisi undang-undang untuk menyenggara orang yang disyaki bercelaru mental itu, Majistret boleh membuat suatu perintah supaya orang itu dihantar kepada seorang pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau seorang pengamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwartakan.

(4)

Maka hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor untuk melapor kepada Majistret tiap-tiap kes pengabaian atau layanan kejam terhadap seseorang yang disyaki bercelaru mental yang sampai kepada pengetahuannya.

(5)

Sekiranya suatu perintah dibuat oleh Majistret di bawah subseksyen (2), mana-mana pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau mana-mana pengamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwartakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

rendah daripada Inspektor, atau mana-mana pegawai kebajikan masyarakat boleh, pada bila-bila masa yang munasabah sebagaimana yang ditetapkan oleh Majistret, melawat orang yang disyaki bercelaru mental bagi maksud untuk memastikan keadaannya; dan orang yang diperintahkan oleh Majistret untuk menjaga dan melayani orang yang disyaki bercelaru mental itu hendaklah mengemukakan orang yang disyaki bercelaru mental itu bagi pemeriksaan pegawai perubatan, pengamal perubatan berdaftar, Inspektor polis atau pegawai kebajikan masyarakat itu.

(6)

Seseorang yang tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) atau yang enggan mengemukakan orang yang disyaki bercelaru mental di bawah subseksyen (5) melakukan satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan—

(a)

dalam hal suatu kesalahan di bawah subseksyen (2), didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; dan

(b)

dalam hal suatu kesalahan di bawah subseksyen (5), didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Perintah kemasukan ke dalam hospital psikiatri oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar atau dengan perintah Mahkamah di bawah seksyen 11, 12, 13 atau 73

Report

Bahagian III

Pelepasan, Kebenaran Bercuti dan Pemindahan Pesakit Tidak Sukarela Dari Hospital Psikiatri

Bahagian IV

Kemasukan, Penahanan dan Pelepasan Orang yang Dikomitkan atau Dikurung di Hospital Psikiatri di Bawah Kanun Tatacara Jenayah

Bahagian V

Kemasukan, Penginapan, Jagaan Kejururawatan dan Pemulihan Orang Bercelaru Mental di dalam Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri

Bahagian VI

Penerimaan Masuk, Jagaan, Rawatan dan Pemulihan Orang Bercelaru Mental di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat

Bahagian VII

Lembaga Pelawat

Bahagian VIII

Penilaian Kematian

Bahagian XII

Bahagian XII Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Bahagian IX

Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Psikiatri

Bahagian X

Prosiding dalam Menyiasat Kecelaruan Mental

Bahagian XI

Penguatkuasaan

Bahagian XVI

Bahagian XVI Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Bahagian XII

Pelbagai

Schedules