Mental Health Act 2001 · Updated to 1 Feb 2014 · Bahagian II
11. Penangkapan orang yang bercelaru mental
Feedback & supportMana-mana pegawai polis atau pegawai kebajikan masyarakat boleh menangkap mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk percaya bercelaru mental dan kecelaruan mental itu berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain atau harta.
Pegawai polis atau pegawai kebajikan masyarakat yang menangkap seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang praktik tetapi tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas penangkapan itu, membawa orang itu kepada seorang pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau seorang pengamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwartakan untuk pemeriksaan.
Tatacara dalam kes layanan buruk yang terbukti terhadap orang yang disyaki bercelaru mental