Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bab X

138. Section 138

Feedback & support
(1)

Saksi hendaklah mula-mulanya diperiksa secara utama, kemudiannya, diperiksa balas jika dikehendaki sedemikian oleh pihak menentang, kemudiannya pula, diperiksa semula jika dikehendaki sedemikian oleh pihak yang telah memanggil mereka.

(2)

Pemeriksaan dan pemeriksaan balas mestilah berhubung dengan fakta berkaitan, tetapi pemeriksaan balas tidak perlu dihadkan kepada fakta yang telah diberikan sebagai keterangan oleh saksi itu dalam pemeriksaan utamanya.

Undang-Undang Malaysia 102

(3)

Pemeriksaan semula hendaklah tertumpu kepada penghuraian perkara yang disebut dalam pemeriksaan balas; dan jika, dengan kebenaran mahkamah, perkara baru dikemukakan dalam pemeriksaan semula, pihak menentang boleh selanjutnya memeriksa balas atas perkara itu.

(4)

Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil semula sama ada untuk pemeriksaan utama selanjutnya atau untuk pemeriksaan balas selanjutnya, dan jika mahkamah membenarkan sedemikian, pihak-pihak mempunyai hak masing-masing untuk membuat pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula selanjutnya.

Pemeriksaan balas orang yang dipanggil untuk mengemukakan dokumen

Report