Skip to content

Seksyen 148

Mahkamah akan memutuskan bila soalan hendak ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab

of Akta Keterangan 1950

ActIn forceProvision 149 of 168
Seksyen 148
(1)

Jika apa-apa soalan itu berhubung dengan sesuatu perkara yang tidak berkaitan dengan guaman atau prosiding itu, kecuali setakat yang soalan itu menyentuh kebolehpercayaan saksi itu dengan mencela wataknya, mahkamah hendaklah memutuskan sama ada saksi itu boleh dipaksa menjawab soalan itu atau tidak, dan mahkamah boleh, jika difikirkannya bahawa saksi itu tidak patut dipaksa menjawab soalan itu, mengingatkan saksi itu bahawa dia tidak terpaksa menjawabnya.

Undang-Undang Malaysia 106

Akta 56

(2)

Pada menjalankan budi bicaranya, mahkamah hendaklah mengambil perhatian akan perkara yang berikut:

(a)

soalan itu adalah wajar jika ia sedemikian rupa sehingga kebenaran tohmahan yang dibayangkan olehnya itu akan benar-benar menyentuh pendapat mahkamah tentang kebolehpercayaan saksi itu atas perkara yang dinyatakannya;

(b)

soalan itu adalah tidak wajar jika tohmahan yang dibayangkan olehnya itu adalah berhubungan dengan perkara yang telah berlaku sebegitu lama dahulu atau yang bersifat sedemikian sehingga kebenaran tohmahan itu tidak akan menyentuh atau akan menyentuh sedikit sahaja pendapat mahkamah tentang kebolehpercayaan saksi itu atas perkara yang dinyatakannya;

(c)

soalan itu adalah tidak wajar jika terdapat ketidakseimbangan besar antara kepentingan tohmahan yang dibuat terhadap watak saksi itu dengan kepentingan keterangannya;

(d)

mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, membuat inferens daripada keengganan saksi itu untuk menjawab bahawa jawapan itu, jika diberikan, tidak akan memberikan faedah kepadanya.