Skip to content

Seksyen 145

Pemeriksaan balas tentang pernyataan bertulis yang dahulu

of Akta Keterangan 1950

ActIn forceProvision 146 of 168
Seksyen 145
(1)

Seseorang saksi boleh diperiksa balas tentang pernyataan dahulu yang dibuat olehnya secara bertulis atau yang diubah ke dalam bentuk bertulis, dan yang berkaitan kepada perkara yang dipersoalkan dalam guaman atau prosiding yang dalamnya dia diperiksa balas itu, tanpa tulisan itu ditunjukkan kepadanya atau dibuktikan; tetapi jika dimaksudkan untuk menyangkal saksi itu dengan tulisan itu, sebelum tulisan itu boleh dibuktikan, perhatian saksi itu mestilah, diarahkan kepada mana-mana bahagian tulisan itu yang hendak digunakan bagi maksud menyangkalnya.

(2)

Jika seseorang saksi, apabila diperiksa balas tentang pernyataan lisan dahulu yang dibuat olehnya yang berkaitan kepada perkara yang dipersoalkan dalam guaman atau prosiding yang dalamnya dia diperiksa balas itu dan yang tidak selaras dengan testimoni yang sedang diberinya, tidak mengaku dengan nyata bahawa dia telah membuat pernyataan itu, bukti bolehlah diberikan yang dia telah sebenarnya membuat pernyataan lisan itu; tetapi sebelum bukti boleh diberikan, hal keadaan pernyataan yang dikatakan itu, yang cukup untuk menentukan kejadian tertentu itu, hendaklah disebut kepada saksi itu, dan dia mestilah ditanya sama ada dia telah membuat pernyataan itu atau tidak.