Skip to content

Seksyen 162

Pengemukaan dokumen dan terjemahannya

of Akta Keterangan 1950

ActIn forceProvision 163 of 168
Seksyen 162
(1)

Seseorang saksi yang dipanggil untuk mengemukakan sesuatu dokumen hendaklah, jika dokumen itu ada dalam milikannya atau di bawah kuasanya, membawa dokumen itu ke mahkamah walaupun mungkin ada apa-apa bantahan terhadap pengemukaannya atau kebolehterimaannya. Kesahan apa-apa bantahan sedemikian hendaklah diputuskan oleh mahkamah.

(2)

Mahkamah boleh, jika didapatinya patut, memeriksa dokumen itu melainkan jika dokumen itu merujuk kepada hal ehwal Negara, atau mengambil keterangan lain bagi membolehkannya menentukan kebolehterimaan dokumen itu.

(3)

Jika bagi maksud itu adalah perlu untuk menyebabkan mana-mana dokumen diterjemahkan, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan penterjemah supaya merahsiakan kandungan dokumen itu melainkan jika dokumen itu akan dikemukakan dalam keterangan, dan jika penterjemah itu mengingkari arahan itu, dia hendaklah disifatkan telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 166 Kanun Keseksaan.