Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2025 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 248
seksyen yang berikut:
“Waran boleh diterima walaupun cacat 248a. Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah
Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan bagi waran itu dan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, rekod atau benda lain yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.”.
Undang-Undang Malaysia 50