Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

121. Kecualian dan peralihan

Feedback & support
(1)

Seksyen 34 Akta ibu yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai bagi semua lesen yang dikeluarkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini yang tarikh habis tempoh dua belas bulan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2)

Apa-apa siasatan di bawah seksyen 55, permohonan bagi pendaftaran aku janji di bawah seksyen 111 dan permintaan bagi suatu salinan pernyataan alasan di bawah seksyen 119 Akta ibu, yang masih belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, hendaklah diuruskan mengikut Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(3)

Apa-apa arahan, penentuan, keputusan, notis bertulis, garis panduan dan tindakan yang dibuat, dikeluarkan, diberikan atau dilakukan oleh Menteri atau Suruhanjaya di bawah Akta ibu pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(4)

Apa-apa perjanjian capaian yang didaftarkan di bawah seksyen 150 Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(5)

Apa-apa penyiasatan atau prosiding yang dimulakan atau yang masih belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Report