Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2025 · As enacted
111. Pindaan seksyen 252
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 252 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“memintas atau untuk mendengar” dengan perkataan
“memintas, mendengar, merekod atau mengekalkan”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Pendakwa Raya, jika dia berpendapat bahawa apa-apa komunikasi yang berkemungkinan untuk mengandungi apa-apa maklumat yang berkaitan bagi maksud apa-apa penyiasatan suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau perundangan subsidiarinya, boleh—
menghendaki mana-mana pemegang lesen untuk memintas atau mengekalkan suatu komunikasi yang dinyatakan atau komunikasi bagi perihalan yang dinyatakan diterima atau dihantar, atau yang akan diterima atau dihantar oleh pemegang lesen itu; atau
memberi kuasa kepada seseorang pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis berpangkat
Penguasa atau lebih tinggi untuk memasuki apa-apa premis dan untuk memasang dalam premis itu, apa-apa peranti bagi pemintasan dan pengekalan suatu komunikasi yang dinyatakan atau komunikasi bagi perihalan yang dinyatakan dan untuk membuang dan mengekalkan peranti itu.”;
dalam subseksyen (2), (3) dan (5) dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)” dengan perkataan “seksyen ini”;
dan
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Mahkamah hendaklah mengambil tahu apa-apa kebenaran oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini.”.
Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)