Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 16 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:
“(ha) tatacara dan semua perkara yang berkaitan dengan pesanan elektronik komersial tanpa diminta;”;
dalam subseksyen (2)—
dengan menggantikan perkataan “tiga ratus ribu”
dengan perkataan “satu juta”;
dengan menggantikan perkataan “tiga tahun”
dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan
dengan menggantikan perkataan “satu ribu”
dengan perkataan “satu ratus ribu”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Walau apa pun subseksyen (2) dan seksyen 53, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau apa-apa perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini, boleh menetapkan bahawa
Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi satu juta ringgit bagi ketakpatuhan apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 51.”.