Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 211
seksyen yang berikut:
“Penggantungan perkhidmatan aplikasi kandungan 211a. Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 51 untuk mengarahkan suatu pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan untuk menggantung perkhidmatannya bagi
Undang-Undang Malaysia 36
tempoh yang dinyatakan dalam arahan itu, dalam mana-mana satu hal keadaan yang berikut:
pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan itu telah melanggar mana-mana peruntukan Bab 2 Bahagian IX;
pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan itu telah melanggar mana-mana syarat lesen individu atau lesen kelas yang berhubungan dengan kandungan;
atau
pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan itu tidak mematuhi mana-mana surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan oleh Menteri atau Suruhanjaya yang berhubungan dengan kandungan.”.