Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

94. Penggantian seksyen 235

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 235 dengan seksyen yang berikut:

“Kerosakan kepada kemudahan rangkaian, dll.

s 235Section 235

(1)

Seseorang yang dengan apa-apa tindakan atau peninggalan secara sengaja, tidak jujur atau cuai, memanjangkan, mengusik, melaraskan, mengubah, mengeluarkan, memusnahkan atau merosakkan apa-apa kemudahan rangkaian atau mana-mana bahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan.

(2)

Seseorang yang ada dalam milikannya apa-apa kemudahan rangkaian atau mana-mana bahagian daripadanya, sama ada dalam keadaan asal atau diubah, mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai yang ia telah dikeluarkan dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

(3)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Dalam apa-apa pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (2), mana-mana orang yang ada dalam milikannya apa-apa kemudahan rangkaian atau mana-mana bahagian daripadanya, sama ada dalam keadaan asal atau diubah adalah dianggap mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai yang ia telah dikeluarkan dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam subseksyen (1), melainkan jika dibuktikan sebaliknya.”.

Undang-Undang Malaysia 44

Report