Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 236 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (1)(a)—
dengan memasukkan selepas perkataan
“mengimport,” perkataan “mengeksport,”;
dengan memasukkan selepas perkataan
“membekalkan” perkataan “, mengubah suai”;
dan
dengan memasukkan selepas perkataan
“menyewakan” perkataan “atau mengedarkan”;
dalam perenggan (1)(c)—
dengan memasukkan selepas perkataan
“mengimport,” perkataan “mengeksport,”;
dengan memasukkan selepas perkataan
“membekalkan” perkataan “, mengubah suai”;
dan
dengan memasukkan selepas perkataan
“menyewakan,” perkataan “mengedarkan”;
dalam subseksyen (3)—
dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu”
dengan perkataan “satu juta”; dan
dengan menggantikan perkataan “lima tahun”
dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan
dalam subseksyen (4), dalam takrif “peranti capaian lancung”, dengan memasukkan selepas perkataan
“peranti capaian lancung” perkataan “, yang termasuklah mana-mana peranti capaian yang secara utamanya untuk membantu dalam penyahkodan suatu program pembawa isyarat yang disulitkan yang dihantar melalui apa-apa cara tanpa kebenaran pengedar sah isyarat itu”.
Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)