Akta Koperasi 1993 · Updated to 1 Apr 2015 · Bahagian IV · Hak dan Liabiliti Anggota
26. Kelayakan untuk menjadi anggota
Feedback & supportUntuk layak menjadi anggota dalam suatu koperasi asas, seseorang mestilah—
(a)
seorang warganegara Malaysia;
(b)
telah mencapai umur lapan belas tahun atau, dalam hal suatu koperasi sekolah, telah mencapai umur dua belas tahun; dan
(c)
bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi asas itu, atau, dalam hal koperasi sekolah, menjadi penuntut berdaftar sekolah itu.