Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2015Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Pemeriksaan, Siasatan, Pembubaran dan Pertikaian

64. Section 64

Feedback & support

Suruhanjaya, atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa olehnya secara am atau khas dengan bertulis boleh memeriksa, dengan atau tanpa notis, mana-mana koperasi dan bagi maksud pemeriksaan itu, hendaklah mempunyai akses kepada segala buku, akaun, dokumen dan sekuriti sesuatu koperasi dan subsidiari atau perbadanan berkaitan, jika ada, dan hendaklah berhak memeriksa wang tunai dalam tangan; dan tiap-tiap pegawai (termasuk mana-mana bekas pegawai) koperasi itu dan subsidiari atau perbadanan berkaitan, jika ada, hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan mengemukakan apaapa buku, akaun, dokumen dan sekuriti berkenaan dengan transaksi dan perjalanan koperasi itu dan subsidiari atau perbadanan berkaitan, jika ada, sebagaimana yang dikehendaki oleh orang yang membuat pemeriksaan itu:

Dengan syarat bahawa, setakat yang selaras dengan perjalanan pemeriksaan itu, apa-apa buku, akaun, dokumen, sekuriti dan wang tunai itu tidak dikehendaki untuk dikemukakan pada bila-bila masa atau di mana-mana tempat yang boleh mengganggu perjalanan yang sepatutnya urusan harian biasa koperasi itu atau perbadanan berkaitannya.

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, ternyata bahawa mana-mana orang yang telah mengambil bahagian dalam pengelolaan atau pengurusan koperasi it

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules