Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2015Read it in English

Bahagian VII · Akaun dan Audit

61. Kelulusan bagi juruaudit koperasi

Feedback & support
(1)

Bagi maksud subseksyen 60(1), Suruhanjaya boleh, melalui perintah am atau khas secara bertulis, dan setelah dibayar apa-apa fi sebagaimana ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya patut, meluluskan mana-mana orang yang berwibawa untuk mengaudit akaun suatu koperasi atau koperasi-koperasi di bawah Akta ini jika—

(a)

orang itu memohon secara bertulis kepada Suruhanjaya supaya diluluskan sedemikian; dan

(b)

Suruhanjaya berpuas hati bahwa orang itu layak dan berwibawa untuk diluluskan sedemikian.

(2)

Tiada seorang pun boleh diluluskan untuk mengaudit dan tiada seorang pun boleh mengaudit akaun koperasi yang sama bagi apa-apa tempoh berterusan yang melebihi enam tahun, tetapi orang sedemikian boleh diluluskan untuk mengaudit dan boleh meneruskan pengauditan akaun sesuatu koperasi dua tahun selepas dia berhenti mengaudit akaun koperasi itu.

(3)

Kelulusan bagi pelantikan juruaudit di bawah subseksyen (1) boleh dibatalkan jika Suruhanjaya berpendapat bahawa audit yang dijalankan oleh juruaudit itu tidak memuaskan.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

Hal keadaan yang menjadikan seseorang hilang kelayakan untuk diluluskan atau bertindak sebagai juruaudit suatu koperasi

Report

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Siasatan, Pembubaran dan Pertikaian

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, ternyata bahawa mana-mana orang yang telah mengambil bahagian dalam pengelolaan atau pengurusan koperasi it

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules