Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian III · Lesen
13. Tempoh dan pembaharuan lesen
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sesuatu lesen hendaklah tetap berkuat kuasa selama tempoh satu tahun dari tarikh ia dikeluarkan melainkan jika selainnya dinyatakan dalam lesen itu atau dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan boleh diperbaharui apabila permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan di bawah ini.
Pemegang sesuatu lesen yang hendak mendapatkan pembaharuan lesennya hendaklah membuat permohonan kepada
Ketua Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan untuk pembaharuan lesen itu pada bila-bila masa tidak kurang daripada tiga bulan dan tidak lebih daripada empat bulan sebelum tarikh tamatnya tempoh lesen itu atau tamatnya tempoh pembaharuan yang masih lagi ada bagi lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seseorang yang tidak memohon pembaharuan dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (2) hendaklah membayar suatu bayaran lewat sebanyak satu peratus daripada bayaran lesen itu atau sepuluh ringgit, mengikut mana yang lebih besar, bagi tiap-tiap satu hari kelewatan.
Jika sesuatu permohonan untuk pembaharuan dibuat selepas tamatnya tempoh lesen itu, Ketua Pengarah boleh enggan memperbaharui lesen itu atau boleh memperbaharuinya tertakluk pada pengenaan sesuatu bayaran tamat tempoh sebanyak tidak melebihi lima ratus peratus daripada bayaran lesen itu atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana yang lebih besar.
Jika sesuatu permohonan dibuat melalui pos, tarikh pada cap pos di sampulnya hendaklah disifatkan sebagai tarikh permohonan itu telah dibuat dan mengenai perkara-perkara dalam mana Ketua
Pengarah tidak dapat menentukan tarikh pada cap pos itu, maka permohonan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat tiga hari sebelum tarikh permohonan itu telah diterima oleh Ketua Pengarah.
30
Undang-Undang Malaysia
Bahagian IV
Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran
Bahagian V
Rayuan dan Lembaga Rayuan
Bahagian VI