Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran
18. Premis ditetapkan hendaklah dilesen
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri, selepas berunding dengan Majlis, boleh dengan perintah menetapkan premis (kemudian daripada ini disebut premis ditetapkan) yang pendudukan atau penggunaannya oleh seseorang adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini melainkan jika orang itu adalah pemegang sesuatu lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan premis itu.
Menteri, selepas berunding dengan Majlis, boleh dengan perintah menetapkan kenderaan atau kapal yang digunakan bagi pergerakan, pemindahan, penempatan atau peletakan buangan (selepas ini disebut pembawa yang ditetapkan) yang penggunaannya oleh mana-mana orang, melainkan jika orang itu adalah pemegang bagi lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan pembawa yang ditetapkan itu, adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Peruntukan-peruntukan subseksyen (1) tidak dipakai bagi seseorang—
yang pada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini adalah penduduk premis ditetapkan dan dalam tempoh yang ditetapkan selepas tarikh itu, dia membuat permohonan untuk suatu lesen berkenaan dengan premis ditetapkan itu;
yang menjadi penduduk sesuatu premis ditetapkan berikutan dengan sesuatu perintah yang dibuat oleh Menteri dari semasa ke semasa meminda sesuatu perintah yang dahulu yang dibuat di bawah seksyen ini dengan mana premis yang dahulunya bukan premis ditetapkan itu menjadi premis ditetapkan, dan dalam tempoh yang ditetapkan, selepas perintah itu disiarkan dalam Warta, dia membuat permohonan untuk suatu lesen berkenaan dengan premis ditetapkan itu;
Kualiti Alam Sekeliling 33
yang telah membuat permohonan supaya dipindah milik kepadanya suatu lesen berkenaan dengan sesuatu premis ditetapkan dan permohonan itu telah dibuat olehnya dalam tempoh yang ditetapkan selepas dia menjadi penduduk premis ditetapkan itu, sehingga permohonannya telah diputuskan dengan muktamad.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (1A)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.
Bahagian V
Rayuan dan Lembaga Rayuan
Bahagian VI