Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian V · Rayuan dan Lembaga Rayuan

35. Rayuan

(1)

Seseorang yang terkilan dengan—

(a)

sesuatu keengganan meluluskan sesuatu lesen atau pemindahmilikan sesuatu lesen;

(b)

pengenaan apa-apa syarat, had atau sekatan ke atas lesennya;

(c)

pembatalan, penggantungan atau pengubahan lesennya;

(d)

amaun yang dikehendaki dibayar olehnya di bawah seksyen 47;

(e)

apa-apa keputusan

Ketua

Pengarah di bawah subseksyen 34A(3) atau (4); dan

(f)

apa-apa keputusan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai di bawah subseksyen 48A(2) atau (5),

54

Undang-Undang Malaysia boleh merayu kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh dan mengikut cara yang ditetapkan.

(2)

Lembaga Rayuan boleh, selepas mendengar Ketua Pengarah dan perayu-perayu itu, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut.

Report