Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah boleh melalui notis menghendaki pemunya atau penduduk mana-mana kenderaan, kapal, premis atau pesawat udara untuk memberikan kepadanya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu maklumat berhubungan dengan—
pemunyaan kenderaan, kapal, premis atau pesawat udara itu;
penggunaan bahan mentah, benda berbahaya kepada alam sekeliling, atau apa-apa proses, kelengkapan, kelengkapan kawalan atau loji perindustrian yang terdapat pada kenderaan, kapal, premis atau pesawat udara itu;
apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan yang dilepaskan atau berkemungkinan dilepaskan daripadanya; atau
apa-apa risiko alam sekeliling yang berkemungkinan berlaku akibat daripada penggunaan bahan mentah, benda berbahaya kepada alam sekeliling atau proses.
Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh Ketua
Pengarah untuk menjawab apa-apa soalan atau memberi apa-apa maklumat, gagal menjawab soalan itu atau gagal memberi maklumat itu sebagaimana yang dikehendaki atau memberi apa-apa jawapan atau maklumat palsu atau mengelirukan tentang apa-apa perkara matan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila
60
Undang-Undang Malaysia disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.