Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024

Amends the Environmental Quality Act 1974

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kualiti Alam Sekeliling

(Pindaan) 2024.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan selepas takrif “orang yang layak” takrif yang berikut:

‘ “pembakaran terbuka” ertinya apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas dan yang tidak dihalakan ke udara bebas itu melalui serombong atau cerobong;’.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA KUALITI ALAM SEKELILING

(PINDAAN) 2024

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Pindaan seksyen 3

Subseksyen 3(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (n);

(b)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (o)

dengan perkataan “; dan”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (o) perenggan yang berikut:

“(p) menentukan pakaian seragam bagi pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2).”.

s 4Pindaan seksyen 16

Seksyen 16 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh

Ketua Pengarah menghendakinya patuh kepada terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya itu.”.

s 5Pindaan seksyen 18

Seksyen 18 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

atau (1a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)

5

satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”.

s 6Pindaan seksyen 19

Seksyen 19 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”.

s 7Pindaan seksyen 22

Seksyen 22 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh

Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”.

Undang-Undang Malaysia 6

s 8Pindaan seksyen 23

Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh

Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”.

s 9Pindaan seksyen 24

Seksyen 24 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh

Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”.

s 10Pindaan seksyen 25

Seksyen 25 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit.”.

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)

s 11Pindaan seksyen 27

Seksyen 27 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

s 12Pindaan seksyen 29

Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

s 13Penggantian seksyen 29a

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 29a dengan seksyen yang berikut:

“Larangan atas pembakaran terbuka 29a.  (1)  Walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, tiada seorang pun boleh melakukan, membenarkan, mengarahkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis.

(2)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta mengisytiharkan bahawa apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan bagi maksud apa-apa aktiviti yang ditentukan dalam perintah itu bukan pembakaran terbuka sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta ini selagi aktiviti itu dijalankan mengikut atau di bawah syarat-syarat yang dinyatakan dalam perintah itu dan tidak di dalam tempat atau kawasan yang ditentukan dalam perintah itu.

Undang-Undang Malaysia 8

(3)

Walaupun apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan tidak termasuk dalam takrif pembakaran terbuka di bawah subseksyen (2) atau bahawa ia adalah bagi maksud apa-apa aktiviti yang ditentukan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2), Menteri, dalam hal keadaan yang dia menganggap bahawa—

(a)

kualiti udara di dalam kawasan itu telah mencapai tahap yang tidak sihat; dan

(b)

kebakaran, pembakaran atau pembaraan bagi maksud apa-apa aktiviti selain aktiviti yang ditentukan dalam perintah itu akan membahayakan alam sekeliling, boleh mengarahkan Ketua Pengarah mengeluarkan perintah larangan dalam suatu tempoh yang ditentukan dengan apa-apa cara dan mengikut apa-apa kaedah sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat.

(4)

Ketua Pengarah boleh membatalkan perintah larangan yang dibuat di bawah subseksyen (3) dengan apa-apa cara atau mengikut apa-apa kaedah sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”.

s 14Pemotongan seksyen 29aa

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 29aa.

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)

s 15Pindaan seksyen 30a

Seksyen 30a Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana orang yang tidak atau enggan mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

s 16Pindaan seksyen 31

Seksyen 31 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana orang yang melanggar notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas penyampaian notis yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (2) kepadanya.”.

s 17Pindaan seksyen 31a

Seksyen 31a Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana orang yang melanggar perintah larangan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit.”.

Undang-Undang Malaysia 10

s 18Pindaan seksyen 32

Seksyen 32 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya mengambil tindakan sebagaimana yang dinyatakan dalamnya itu.”.

s 19Pindaan seksyen 33

Seksyen 33 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang melanggar notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas penyampaian notis yang dinyatakan dalam subseksyen (1) kepadanya.”.

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)

s 20Pindaan seksyen 34a

Seksyen 34a Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (8) dengan subseksyen yang berikut:

“(8)  Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit.”.

s 21Pindaan seksyen 34aa

Seksyen 34aa Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana orang yang melanggar perintah larangan atau perintah berhenti kerja di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit.”.

s 22Pindaan seksyen 34b

Seksyen 34b Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit.”.

s 23Pindaan seksyen 37

Seksyen 37 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh

Ketua Pengarah untuk menjawab apa-apa soalan atau memberi apa-apa maklumat, gagal menjawab soalan itu

Undang-Undang Malaysia 12

atau gagal memberi maklumat itu sebagaimana yang dikehendaki atau memberi apa-apa jawapan atau maklumat palsu atau mengelirukan tentang apa-apa perkara matan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.

s 24Pindaan seksyen 41

Seksyen 41 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan

“tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit”.

s 25Pindaan seksyen 45

Seksyen 45 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Ketua Pengarah atau mana-mana Timbalan Ketua Pengarah, atau mana-mana pegawai awam, mana-mana Jabatan Kerajaan, mana-mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana perbadanan yang kepadanya Ketua Pengarah telah mewakilkan kuasa itu secara bertulis, boleh, dengan keizinan bertulis

Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah

Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang ditetapkan oleh Menteri sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu, suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.”.

s 26Pindaan seksyen 48

Seksyen 48 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Pemunya atau nakhodanya, atau mana-mana orang yang menyebabkan kenderaan atau kapal yang ditahan itu terus bergerak sebelum ia dilepaskan melakukan suatu kesalahan

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)

13

dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

s 27Pindaan seksyen 48a

Subseksyen 48a(8) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit” dengan perkataan

“melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit”.

s 28Pindaan seksyen 48ad

Seksyen 48ad Akta ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “shall be guilty of an offence and shall be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both” dengan perkataan “commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than five thousand ringgit and not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both”; dan

(b)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

Undang-Undang Malaysia 14

s 29Pindaan seksyen 51

Seksyen 51 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (x) dengan koma bernoktah; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (x)

perenggan yang berikut:

“(y)  menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun.”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, sejumlah wang yang tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan.”.

(1)

Apa-apa tindakan, penyiasatan atau prosiding yang dimulakan atau yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh

Akta ini.

(2)

Apa-apa obligasi, liabiliti, hilang kelayakan, penalti atau hukuman yang terakru atau dikenakan di bawah Akta ibu, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)

(3)

Apa-apa kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, garis panduan atau arahan yang dibuat atau yang diberikan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa Akta ibu, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat atau diberikan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa,

Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan orang yang perkara itu terpakai baginya sehingga dibatalkan.