Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 34aa Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Mana-mana orang yang melanggar perintah larangan atau perintah berhenti kerja di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit.”.