Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.