Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 34b Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit.”.