Skip to content

Seksyen 14

Memasukkan ke dalam perjawatan berpencen

of Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977

ActIn forceProvision 7 of 25
Seksyen 14
(1)

Seseorang pekerja tetap adalah layak untuk dimasukkan ke dalam perjawatan berpencen apabila ia genap berkhidmat tidak kurang daripada sepuluh tahun dengan syarat bahawa tempoh yang berikut tidak boleh diambil kira kecuali dengan kelulusan pihak berkuasa pencen—

(a)

apa-apa perkhidmatan yang lepas yang terputus oleh kerana berhenti kerja secara sukarela; dan

*CATATAN—Umur persaraan paksa seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa dan Tempatan 1980 [Akta 239] telah dipinda kepada “lima puluh enam”–lihat Akta

Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2001 [Akta A1125].

Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak

Berkuasa Berkanun dan Tempatan 9

(b)

apa-apa perkhidmatan yang lepas dengan Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang daripadanya dia telah dipersarakan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), tempoh perkhidmatan yang berikut tidak boleh diambil kira—

(a)

apa-apa tempoh cuti tanpa gaji dan tempoh latihan yang baginya hanya elaun sahaja dibayar; dan

(b)

apa-apa tempoh perkhidmatan yang lepas yang terputus oleh sebab penamatan perkhidmatan atas alasan tatatertib atau dibuang kerja.