Skip to content

Seksyen 24

of Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977

ActIn forceProvision 17 of 25

Seksyen 24

(1)

Jika mana-mana pesara yang telah diberi pencen di bawah

Akta ini, menjadi sama ada seorang pengarah mana-mana syarikat yang bahagian utama perniagaannya adalah dengan apa-apa jua cara berkaitan secara langsung dengan Malaysia atau bekerja dengan mana-mana syarikat sedemikian itu dalam Malaysia atau mengambil bahagian dalam apa-apa pekerjaan untuk mendapatkan keuntungan dalam Malaysia tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Menteri, adalah sah di sisi undang-undang bagi

Menteri untuk mengarahkan supaya pencen atau award itu dihentikan dengan sewajarnya:

Dengan syarat bahawa adalah sah di sisi undang-undang bagi

Menteri setelah berpuas hati bahawa persara, yang berkenaan pencennya apa-apa arahan itu telah diberikan, tidak lagi menjadi pengarah syarikat itu atau tidak lagi bekerja dengan mana-mana syarikat sedemikian dalam Malaysia atau tidak lagi mengambil bahagian dalam pekerjaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberikan arahan supaya pencen itu diberikan semula, dengan kuat kuasa ke belakang jika difikirkannya patut, ke apa-apa tarikh sebagaimana yang ditetapkannya dan pencen itu hendaklah diberikan semula dengan sewajarnya.

Undang-Undang Malaysia 14

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pesara yang telah dipersarakan daripada perkhidmatan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun atau yang telah mencapai umur enam puluh tahun.

Pencen atau ganjaran terbitan jika seseorang pekerja mati dalam perkhidmatan atau selepas bersara