Seksyen 23
Pencen, dll., adalah terhenti apabila disabitkan
of Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977
Jika mana-mana orang yang telah diberi pencen atau award lain di bawah Bahagian ini dikenakan hukuman mati atau hukuman perhambaan atau pemenjaraan selama apa-apa tempoh oleh mana-mana mahkamah bagi apa-apa kesalahan, Menteri boleh mengarahkan
Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak
Berkuasa Berkanun dan Tempatan 13
supaya pencen atau award lain itu dihentikan dengan serta-merta dan dengan itu pencen atau award lain itu adalah terhenti dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa pencen atau award lain itu hendaklah diberikan semula dengan kuat kuasa ke belakang dalam hal seseorang yang pada mana-mana masa selepas disabitkan mendapat pengampunan.
(2)
Jika sesuatu pencen atau award terhenti di bawah subseksyen
(1)
Menteri hendaklah menyebabkan supaya semua atau mana-mana bahagian daripada wang yang pesara itu sepatutnya berhak mendapat sebagai pencen atau award lain dibayar kepada atau digunakan bagi faedah mana-mana isteri, anak atau anak-anak pesara itu, atau selepas tamat tempoh hukumannya, juga bagi faedah pesara itu sendiri dengan cara yang sama dan tertakluk kepada kelayakan dan sekatan yang sama seperti dalam hal kebankrapan dan ketidakmampuan bayar.
Pencen, dll., boleh terhenti apabila menerima pekerjaan dalam syarikat tertentu atau apabila mengambil bahagian dalam pekerjaan tertentu untuk mendapatkan keuntungan