Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 · As enacted · Bahagian IV · Kewangan
21. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
Feedback & supportmemberi Pinjaman di bawah seksyen 28;
membayar apa-apa belanja yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk fee dan kos ukur, guaman dan lain-lain fee dan kos, dan saraan bagi pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
membayar apa-apa belanja kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau dipersetujui dengan sepatutnya oleh Lembaga pada melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;
membeli atau menyewa loji, alat kelengkapan, alat jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain, memperolehi tanah dan mendirikan bangunan-bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain pada melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
amnya, membayar apa-apa belanja bagi melak-sanakan peruntukan-peruntukan bagi Akta ini.