Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian VII · Peralihan

34. Section 34

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, pada tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 1 bagi ia berkuatkuasa (kemudian dari ini di-sebut "tarikh ditetapkan")—

(a)

segala perundangan kecil yang dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen Perbadanan Kemajuan Jengka 1971 (kemudian dari ini disebut "Enakmen") yang berkuatkuasa sebelum sahaja tarikh ditetapkan hendaklah, setakat mana ia tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, terus berkuatkuasa seolah-olah ianya dibuat di bawah Akta ini;

(b)

segala aset [termasuk tanah yang terletakhak pada atau dirizabkan bagi maksud-maksud Perbadanan Kemajuan Jengka (kemudian dari ini disebut "Perbadanan"), dan wang yang ada di dalam, atau kena dibayar kepada, Kumpulan Wang Pembangunan Jengka, yang ditubuhkan masing-masing menurut seksyen 3 dan 23 Enakmen], kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan adalah terletakhak pada atau ada pada Perbadanan hendaklah dipindahkan dan diletakhakkan pada Lembaga tanpa asurans selanjutnya atau hendaklah diturunkan pada Lembaga, mengikut mana yang berkenaan; dan Lembaga hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi memiliki, mendapat kembali dan menguruskan aset itu, menjalankan kuasa dan hak itu, menikmati keistimewaan itu, melaksanakan kewajipan dan menunaikan liabiliti dan obligasi itu:

Dengan syarat bahawa wang yang ada di dalam, atau kena dibayar kepada, Kumpulan Wang Pembangunan Jengka hendaklah terletakhak pada Lembaga dan dipindahkan kepada Kumpulan Wang.

(c)

segala suratikatan, bon, perjanjian, suratcara dan perkiraan kerja yang dibuat, disempurnakan atau diadakan oleh atau bagi pihak Perbadanan dan wujud sebelum sahaja tarikh ditetapkan hendaklah mempunyai kuatkuasa dan kesan penuh terhadap atau bagi faedah Lembaga dan boleh berkuatkuasa sepenuh dan sesungguhnya seolah-olah, Lembaga sebagai ganti Perbadanan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Perbadanan, telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi pihak terhadapnya; dan

(d)

mana-mana prosiding, sama ada civil atau jenayah, atau apa-apa kausa tindakan yang belum selesai atau yang ada sebelum sahaja tarikh ditetapkan oleh atau terhadap Perbadanan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Perbadanan bolehlah diteruskan atau dibawa oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah Akta ini telah tidak dikanunkan.

(2)

Segala tanah yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan dirizab menurut peruntukan mana-mana undangundang bertulis berhubungan dengan tanah bagimaksud-maksud Perbadanan hendaklah, pada tarikhitu, disifatkan sebagai dirizab bagi maksud-maksud Lembaga di bawah Akta ini.

(3)

Jika sebelum sahaja tarikh ditetapkan manamana prosiding telah dimulakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi pengambilan tanah secara paksa bagi maksud-maksud Perbadanan, prosiding sedemikian hendaklah, dari tarikh itu, disifatkan sebagai telah dimulakan bagi pengambilan tanah bagi maksud-maksud Lembaga di bawah Akta ini.

Report