Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 · As enacted · Bahagian V · Kuasa-Kuasa Lain Lembaga
24. Section 24
Feedback & supportTertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut, Lembaga boleh mewakilkan kepada Pengerusi, Pengurus Besar atau manamana orang lain kuasa untuk menjalankan atau melak-sanakan bagi pihaknya apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang diletakhakkan atau dipertanggungkan oleh Akta ini pada atau ke atas Lembaga yang ditentukan oleh Lembaga, kecuali kuasa untuk meminjam wang, mendapatkan pinjaman atau membuat peraturan peraturan; dan apa-apa kuasa, tugas atau fungsi yang diwakilkan sedemikian bolehlah dijalankan atau dilak-sanakan oleh Pengerusi, Pengurus Besar atau orang lain, mengikut mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) dan peruntukan-peruntukan lain Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kepada Pengerusi, Pengurus Besar, manamana anggotanya yang lain atau mana-mana orang lain kuasa untuk membenarkan perbelanjaan dari Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletakhak pada dan di bawah kawalan Lembaga hingga had yang dinyatakan oleh Lembaga.