Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian IV · Kewangan

18. Section 18

Feedback & support
(1)

Bagi maksud-maksud Akta ini maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri dari—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud-maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;

(b)

apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga dari Pinjaman;

(c)

wang yang didapati dari menjalankan apaapa projek, skim atau enterprais yang dibiayai dari Kumpulan Wang;

(d)

wang yang didapati atau terbit daripada apaapa harta, pelaburan, gadaijanji, gadaian atau debentur yang diperolehi oleh atau yang terletakhak pada Lembaga;

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadaijanji, gadaian atau debentur yang diperolehi oleh atau yang terletakhak pada Lembaga;

(f)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menjalankan mana-mana kewajipannya; dan

(g)

segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletakhak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

(3)

Dalam seksyen ini, ungkapan "Pinjaman" ertinya apa-apa jumlah wang yang dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sebagai pinjaman.

16

Report

Bahagian V

Kuasa-Kuasa Lain Lembaga

Bahagian VI

Bahagian VII

Peralihan

Schedules