Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 · As enacted · Bahagian VI
33. Section 33
Feedback & supportLembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan yang bermanfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dengan cara yang lebih baik.
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu bolehlah dibuat bagi—
menetapkan cara bagaimana d
menetapkan cara bagaimana dokumen,cek dan suratcara dari apa-apa jenis akan ditanda tangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
menetapkan tanggungian
menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga;
mengenakan fee dalam mana-mana hal yang ditentukan oleh Lembaga;
mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara berkaitan dengan syer, stok, bon, debentur atau stok debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang pada pendapat Lembaga adalah perlu atau bermanfaat, dan, khususnya, bagi mengadakan peraturan mengenai cara mengeluar, memindah milik, menebus atau urusan lain mengenai syer, stok, bon, debentur atau stok debentur itu;
menetapkan cara dan terma-terma dan syaratsyarat di mana pinjaman boleh diberi oleh Lembaga di bawah seksyen 28; dan
mengadakan peruntukan secara am mengenai penjalanan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan Lembaga di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini.
Peraturan-peraturan itu boleh—
memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; dan
mengadakan peruntukan bagi mengenakan penalti kerana kesalahan-kesalahan itu, yang mana penalti-penalti itu tidak boleh lebih dari pada satu ribu ringgit.